Sunday, 20 March 2016

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA,``MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN``


  


DUA 2012
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK :
AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA,
“Merokok membahayakan kesihatan”.
JELASKAN ISU INI MENGIKUT HUKUM DALAM ISLAM SERTA PERSPEKTIF SAINS.

NAMA PENSYARAH : MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
BIL
NAMA
NO.PEND
1
MOHD RIDHWAN BIN MOHD HIDZIR
02DSB15F1032
2
MUHAMMAD ABDUL HANAN BIN MAZLAN
02DSB15F1025
3
WAN MUHAMMAD SAFWAN NIZAM BIN WAN ABD RAHIM
02DSB15F1042
4
TUAN MOHD ASHROF BIN TUAN MOHD TARMIZI
02DSB15F1016






   






PENGENALAN

Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir
dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko
kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di
merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosial budaya,
masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan
ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di
kalangan orang lelaki.
Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara terbuka di
tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan sesetengahnya
lengkap berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah
remaja daripada terjebak kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan samada melalui
media cetak, media elektronik serta penyebaran poster. Ini menunjukkan seriusnya
masalah merokok di kalangan remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa
menghiraukan papan tanda larangan merokok samada di institusi pengajian atau di
tempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat
demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Faktor umur turut mempengaruhui pandangan mereka terhadap tabiat merokok. Bagi remaja,
kemungkinan mereka merokok sekadar untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan kasan buruk
akibat tabiat merokok. Manakala orang dewasa merokok mungkin di sebabkan faktor
kebergantungan atau ketagihan. Mereka sedar tentang masalah yang sedang dan bakal di
hadapinya tetapi terpaksa meneruskan tabiat tersebut dengan pelbagai alasan.
Perokok sentiasa mempertahankan kepercayaan bahawa merokok mempunyai
kebaikannya tersendiri seperti tumpuan perhatian yang lebih baik, keupayaan berfikir yang
lebih tajam, boleh mengurangkan tekanan, ketegangan, dan berasa lebih tenteram. Griesar
(2002) melalui kajian klinikal mereka mendapati bahawa merokok memang boleh
                                      memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan.




DARI SEGI SAINS
Bahaya Merokok
             Asap rokok mengancam kanak-kanak. Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok  yang boleh datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia dan racun yang terkandung dalam asap rokok adalah lebih bahaya jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.

 Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.


Antara kesan buruk daripada merokok

Asap Rokok Boleh Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
- Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah mereka, sayangi mereka.
- Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
- Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
-Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
- Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan diri anda dari mati pucuk
- Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan
menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.


Merokok Mengakibatkan Strok
- Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.
Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
- Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
- Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
- Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
- Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
- Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
- Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
- Bantulah diri anda.
- Amalkan cara hidup sihat.
- Jangan merokok.
Berhenti Merokok
- Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
- Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya dengan cara positif.
- Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.


Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda
- Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
- Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
- Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
- Jauhilah diri dari asap rokok basi.
- Belajarlah menyayangi jantung anda.
 Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.


Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
- Setiap sedutan membawa padah.
- Kenapa harus meracuni diri?
- Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
- Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
- Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
idi-font-weight:normal'>Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.


DARI SEGI AGAMA
"Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan".


Keterangan/Hujah: 
HURAIAN:


1.      Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

2.      Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

3.      Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

4.      Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

5.      Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
         a.  Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

         b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

         c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

         d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

        6. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut:

   a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

       b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

        c. Dr. Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

      d. Al Imam Al-Akbar Mahmud Shaltut telah menjelaskan bahawa pendapat yang menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat. 

      e. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.


KESIMPULAN
Kesimpulannya,ternyata haramnya rokok dari segi islam dan perspektif sains kerana rokok mengandungi pelbagai bahan yang membahayakan kesihatan seperti tar,racun dan sebagainya. Rokok juga salah satu punca utama penyebab kanser, sakit jantung, strok (angin ahmar) dan lain lain lagi. Asap rokok juga bukan sahaja memberi kesan kepada perokok malah juga memberi impak yang teruk kepada orang disekelilingnya. Hal ini menyebabkan orang yang tidak merokok juga terkena kesan yang buruk.


RUJUKAN



LAMPIRAN


























No comments:

Post a Comment